Apabila sukan menjadi sebahagian pembentukan daripada kehidupan, ia mampu menjadi penyuluh jalan bagi seorang individu ke arah masa hadapan yang lebih baik.
Siapa sangka bidang yang diceburi sejak berusia 10 tahun membawa pulangan yang cukup berharga dalam diri seorang insan yang bernama R. Sharmendran.
Perjalanan sebagai atlet menyaksikan Sharmendran mewarnai sukan karate negara dan membawa panji nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi kejayaan yang diperoleh.
Empat pingat emas di pentas Asia Tenggara cukup untuk membuktikan dominasinya dan digeruni dalam kategori Bawah 75 kilogram.
Kejayaan melengkapkan kejayaan empat pingat emas tersebut menyaksikan Sharmendran menutup karier sebagai atlet dan kini bergelar jurulatih.
Di sebalik menceburi bidang kejurulatihan, Sharmendran membawa perspektif sukan karate yang menjadi nadi kehidupannya dengan menubuhkan Kibokan Karate School.
Tidak jauh dari ibu kota, ia telah menjadi impian Sharmendran untuk menubuhkan akademinya sendiri.
Ketika dihubungi Stadium Astro, Sharmendran berkata, "Sejujurnya, saya bersyukur kerana akhirnya membuka akademi ini.

"Cabaran yang saya hadapi dalam penubuhan akademi ini adalah masa. Saya menunggu peluang ini ketika masih bergelar atlet.
"Namun tuntutan masa dan komitmen saya sebagai atlet membataskannya. Ini kerana perlu fokus kepada karier sebagai atlet ditambah pula perlu kerap menyertai kejohanan serta latihan di luar negara.
"Ia merupakan sasaran sejak tahun 2018 lagi, kemudian COVID-19 melanda dunia dan saya hanya mampu fokus kepada karier saya. Daripada segi kewangan, saya sentiasa bersedia."
Dojo merupakan terma dalam bahasa Jepun yang memberi makna 'Place of The Way', ia adalah sekadar ruang untuk berlatih, mempelajari dan mengasah kemahiran bagi mereka yang menceburi seni mempertahankan diri.
Namun di sebalik itu, ia merupakan tempat yang cukup dihormati dalam budaya Jepun kerana dojo turut menjadi ruang untuk mereka memperkuatkan diri daripada sudut mentaliti dan rohaniah.
Sharmendran berkongsi lagi, "Niat utama saya memberikan semula ilmu yang saya miliki kepada komuniti,
"Sukan karate memberikan kehidupan buat saya. Ia membentuk siapa Sharmendran sehingga hari ini. saya ingin mengembangkan keluarga saya sehingga saya boleh.
"Akademi ini bukanlah untuk mencari juara dunia, saya mengutamakan disiplin, komitmen dan kerja keras yang mampu diperoleh menerusi sukan karate
"Membentuk seseorang untuk menjadi lebih dalam kehidupan sesuatu yang saya ingin lakukan. Sebagai contoh, dapat membantu seorang remaja untuk menjadikan sukan karate sebagai cara hidup mereka untuk lebih berdisiplin itulah idea sebenar saya menubuhkan akademi ini."
Kibokan Karate Academy akan menerima pendaftaran bermula hujung bulan ini dan kelas akan beroperasi awal bulan Ogos.

It has always been a dream to have my own dojo, and here we are KIBOKAN KARATE SCHOOL ?
— Sharmen (@Sharmendran_) July 2, 2025
Official registration opening ??? for karate class/lesson
Location: Balakong Jaya,Seri Kembangan
10min from The Mines Mall
10min from Jade Hill,Kajang
15min from aeon Cheras Selatan pic.twitter.com/vBjPOfOz5e