Persatuan Pickleball Putrajaya (PPP) antara persatuan terawal yang ditubuhkan bagi membangunkan sukan pickleball dari statusnya sebagai sukan rekreasi atau sosial ke tahap yang lebih tinggi.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan kelas kepada mereka yang berminat untuk mendalami sukan ini termasuk kanak-kanak.
Komitmen PPP tidak terhenti disitu, perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang positif untuk sukan pickleball dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa hadapan segera disusuli dengan pertemuan bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) pada Rabu lalu.
Perkara ini dikongsikan di akaun Instagram PPP dimana perbincangan tersebut telah dipengerusikan Timbalan Pengarah MSWP, Lydiawati Hamzah yang turut memfokuskan kepada usaha yang perlu dilakukan bagi menempatkan sukan ini sebagai salah satu acara dalam SUKMA dan perkara yang perlu dipersiapkan sekiranya sukan yang berasal dari Amerika Syarikat ini terpilih ke temasya dwitahunan itu.
Dalam menagih sokongan MSWP untuk merealisasikan hasrat ini, PPP disaran menekankan kepentingan pembangunan akar umbi bagi menghasilkan lebih ramai atlit pickleball dan ia juga dilihat sebagai langkah bijak menjadi kilang pengeluar kepada atlit pickleball negara.
Selain PPP, Persatuan Pickleball Selangor juga antara yang aktif dalam mempromosikan sukan ini dan diharapkan komuniti pickleball di Malaysia dapat bersama-sama mengambil langkah proaktif bagi memastikan pickleball bukan hanya sukan bermusim di negara ini.