Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, akan mengadakan pertemuan dengan jurulatih dan pemain negara pada Isnin nanti sebelum mengumumkan sama ada membayar denda atau menjalani penggantungan.
Semalam, skuad negara terselamat daripada digantung berhubung kes tidak mahu meneruskan aksi final Piala Raja Thai.
Lembaga Disiplin Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) memutuskan trio, Izudin Refin, Afifuddin Razali dan Safarudin Abu Bakar masing-masing didenda USD2,000 sementara tiga pegawai didenda USD4,000 setiap seorang.
Untuk itu, PSM perlu membayar denda berjumlah hampir RM86,000.
Kegagalan membayar denda itu sebelum 21 Januari ini akan membuatkan mereka digantung tiga hingga enam bulan.
"Untuk pengetahuan semua, kami tidak menerima apa-apa lagi surat rasmi daripada ISTAF.
"PSM akan datang berjumpa dengan pemain-pemain untuk memberi penerangan selanjutnya," kata pengurus skuad sepak takraw negara, Mohd Zambri Abd Rahman.
Situasi ini pastinya menjejaskan persiapan Malaysia menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan acara itu menawarkan 12 pingat emas.