Daripada budak pengutip bola kepada penyerang skuad hoki negara.
Azrai Aizad Abu Kamal akan menggapai impiannya untuk beraksi dengan idolanya, Faizal Saari, dalam perlawanan pembukaan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) menentang Poland di Ipoh, Perak, malam ini.
Azrai sebelum ini pernah menjadi pengutip bola dalam edisi terdahulu PSAS dan bercita-cita untuk beraksi di peringkat tertinggi dengan idolanya itu.
Ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan selepas namanya dipilih pengendali skuad kebangsaan, Roelant Oltmans, untuk mewakili negara dalam kejohanan edisi ini.
"Saya pernah menjadi pengutip bola dalam PSAS dan memang sudah berniat untuk beraksi dalam kejohanan ini.
"Jika sempat, saya mahu beraksi bersama-sama idola saya, Faizal, dan akhirnya ia menjadi kenyataan.
"Faizal banyak mengajar saya mengenai teknik di atas padang dan cara untuk menewaskan pemain lawan," katanya.
Bagi Faizal pula, Azrai merupakan pemain muda berpotensi dan dia tidak akan teragak-agak untuk mencurahkan ilmu serta pengalaman yang dimilikinya untuk membantu perkembangan karier penyerang muda itu.
"Saya melakukan seperti yang pemain-pemain senior lakukan dulu.
"Kini, tiba masanya untuk saya mencurahkan ilmu kepada pemain-pemain muda seperti Azrai.
"Azrai merupakan penyerang muda yang sedang meningkat naik, jadi saya perlu menjadi contoh kepadanya dan membantunya untuk menyesuaikan diri dengan pasukan," katanya.