Malaysia, selaku tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, berharap Poland dapat memberi kata putus berhubung penyertaan mereka dalam saingan berkenaan sebelum Jumaat depan.
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk S. Shamala, berkata sehingga kini hanya Malaysia, India, Korea Selatan, Kanada dan Jepun sudah mengesahkan penyertaan manakala Afrika Selatan terpaksa menarik diri ekoran masalah kewangan.
"Kami sudah jemput Poland untuk menggantikan Afrika Selatan, namun masih belum menerima sebarang keputusan. Kami akan tunggu jawapan mereka sehingga minggu depan. Jika Poland tidak dapat sertai, kejohanan ini akan diteruskan dengan hanya lima pasukan bertanding.
"Mungkin Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) akan terus kekalkan format asal ataupun diubah kepada format baru. Mengenai jadual perlawanan, ia bergantung kepada penganjur," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek penajaan sempena penganjuran Piala Sultan Azlan Shah di Kuala Lumpur, hari ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyempurnakan majlis tersebut yang mendapat penajaan berjumlah RM2.063 juta.
Ditanya mengenai sasaran jika hanya lima pasukan bertanding, Shamala berkata Malaysia kekal dengan matlamat mereka untuk mara ke perlawanan akhir.
Kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak itu dijadual dari 23 hingga 30 Mac ini.
Untuk rekod, sejak kejohanan itu dianjurkan pada 1983, Malaysia belum pernah muncul juara dan pencapaian terbaik pasukan negara adalah muncul naib juara lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.
Kejohanan edisi ke-28 itu menjadi gelanggang pemanas badan buat skuad hoki kebangsaan menjelang Kejohanan Siri Hoki Akhir 2019 di Kuala Lumpur dari 26 April hingga 4 Mei depan.
Juara dan naib juara Siri Hoki Akhir 2019 akan melayakkan diri ke saingan Kelayakan Sukan Olimpik 2020.