Skuad The Malaysian Tigers terpaksa melupakan khidmat empat pemain kebangsaan dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2018 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, dari 3-10 Mac ini gara-gara kecederaan.
Kapten negara, Muhammad Sukri Abdul Mutalib, terpaksa melupakan kejohanan itu ekoran kecederaan hamstring sementara Muhammad Ramadan Rosli mengalami kecederaan belakang dan baru tamat sesi pemulihan serta masih belum cergas sepenuhnya untuk beraksi dalam kejohanan kompetitif.
Turut tidak berada di dalam senarai ialah Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin yang mengalami kecederaan lutut ketika beraksi dalam Liga Hoki Malaysia baru-baru ini.
Kem Malaysia juga kehilangan khidmat pemain muda yang kian meningkat naik serta berada di dalam perancangan awal ke kejohanan tersebut, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad, ekoran kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal pulang daripada perlawanan persahabatan antarabangsa pertama bertemu Argentina, semalam.
Joel van Huizen yang disenaraikan dalam senarai 18 pemain kini masih dalam penilaian kesihatan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabatan kedua dan nasibnya akan diketahui dalam dua hari lagi.
Sekiranya Joel gagal penilaian kecergasan tersebut, tempatnya bakal digantikan dengan Muhammad Najib Abu Hassan yang kini dalam senarai menunggu.
Dalam pada itu, ketua jurulatih The Malaysian Tigers, Stephen van Huizen, menganggap dua perlawanan persahabatan menentang Argentina adalah antara persediaan terbaik buat skuad bimbingannya menjelang PSAS 2018.
“Dua perlawanan persahabatan yang telah dijalani merupakan persediaan terbaik yang kami miliki di mana semalam kami bermain perlawanan penuh dan hari ini kami hanya bermain 30 minit dan sekurang-kurangnya pemain mendapat gambaran apa yang bakal mereka tempuhi di Ipoh nanti.
“Saya mengharapkan skuad bimbingan saya akan memulakan kejohanan dengan langkah kanan kerana ia bakal membantu kami untuk meneruskan kejohanan dengan lebih baik kerana kami menyedari perlawanan yang sengit akan ditempuhi nanti.
“Bagaimanapun, kami perlu berjuang untuk setiap gol dan setiap mata kerana pasukan yang bersaing dalam PSAS berada di kedudukan ranking lebih tinggi.
"Kami mengambil cabaran untuk memberikan persaingan terbaik kepada mereka dan kami akan melihat perlawanan demi perlawanan untuk memperbaiki pasukan,” ujarnya.
Kejohanan PSAS yang memasuki edisi ke-27 itu juga bakal menjadi kejohanan pertama bersama skuad senior buat Norsyafiq Sumantri yang membantu Malaysia muncul juara bagi acara hoki dalam dewan ketika Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Malaysia akan bertemu Ireland dalam perlawanan pertama Sabtu ini, jam 8.30 malam di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah sebelum turun menentang finalis tahun lalu, Australia, dalam perlawanan kedua.
Berikut adalah senarai nama 18 pemain ke Piala Sultan Azlan Shah 2018:

- Muhammad Hafizuddin Othman
- Mohammad Hairi Abd Rahman
- Muhammad Razie Abd Rahim
- Muhammad Najmi Farizal Jazlan
- Faiz Helmi Jali
- Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan
- Muhammad Azri Hassan
- Mohd Marhan Mohd Jalil
- Mohd Fitri Saari
- Nabil Fiqri Mohd Noor
- Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil
- Faizal Saari
- Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi
- Muhammad Firhan Ashaari
- Meor Muhamad Azuan Hassan
- Norsyafiq Sumantri
- Joel Samuel Van Huizen
- Muhammad Shahril Saabah
- Muhammad Najib Abu Hassan