Tiada apa yang perlu dikesalkan ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, sungguhpun Malaysia gagal ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2017 selepas tewas 1-0 di tangan Great Britain dalam aksi sengit peringkat liga, malam tadi.
"Pemain-pemain mempamerkan permainan yang memberangsangkan. Mereka berusaha mendapatkan gol penyamaan.
"Sekali lagi, pengadil mengarahkan seorang pemain negara dikeluarkan dalam tempoh lima minit terakhir.
"Apapun, pemain telah cuba bangkit untuk mengikat kedudukan," ujar Van Huizen.
Tha Malaysian Hockey Tigers mempamerkan semangat juang tinggi di Stadium Sultan Azlan Shah.
Ia cukup berbeza berbanding ketika meraih keputusan seri menentang Jepun dan tewas di tangan Australia.
Masalah utama masih lagi ketumpulan jentera serangan, namun elemen positifnya, semua pemain negara mencurahkan segala yang mereka miliki.
"Malaysia benar-benar meletakkan kami di bawah tekanan.
"Kami kental bertahan tetapi beberapa aksi meletakkan kami berada dalam situasi sukar.
"Kami gagal menyudahkan deretan pukulan sudut penalti lalu menjadikan perlawanan sengit," kata jurulatih Great Britain, Bobby Crutchley.
Juara 1994, Great Britain, melancarkan serangan awal sehingga dihadiahkan pukulan penalti pada minit ke-10.
Penyerang lawan, Alan Forsyth, mudah melaksanakan tugas itu untuk gol tunggal perlawanan.
Malaysia kemudian melancarkan serangan demi serangan bagi memburu gol penyamaan, namun terus buntu dengan tindakan penyudah.
Penyerang negara seperti Firhan Ashaari turut meraih peluang terbaik menerusi serangan balas pantas tetapi dia gagal memperdayakan penjaga gol Great Britain, Harry Gibson.
Kekalahan ini menutup peluang skuad negara untuk ke final tetapi mereka masih berpotensi mencapai sasaran kelompok empat pasukan terbaik.