BERITA SUKAN AM

Projek Ramadan: Patah tujuh tulang rusuk, cedera hati dan peluang hidup hanya 50-50 -- Rajah Maideen

Stadium Astro
Saufi Tahir
19/03/2025
09:47 MYT
Sponsor Banner
Projek Ramadan: Patah tujuh tulang rusuk, cedera hati dan peluang hidup hanya 50-50 -- Rajah Maideen
Bakat dalam arena tinju negara ketika bergelar polis menjadi titik permulaan kepada permulaan karier Rajah Maideen Abdul Majid.
Namun, insiden pilu melanda berbaki sebulan sebelum menjelang temasya Sukan Komanwel 1998 yang meragut impian dia untuk melakar sensasi seperti dicipta rakan seperjuangan iaitu Sapok Biki.
Terdahulu, nama Rajah namanya pernah gah di pentas tinju negara dengan kekuatan tangannya yang pernah menumbangkan lawan, tetapi kini hanya mampu menggenggam tongkat.
Kaki yang dahulu lincah mengelak serangan, kini semakin lemah untuk melangkah.
Detik persaraannya bukanlah sebuah tanda kemenangan, tetapi titik permulaan bagi kehidupan yang penuh ketidakpastian buat bekas atlet negara itu yang pernah merangkul pingat gangsa ketika Sukan SEA 1997..
Tatkala dirinya hampir menyerah, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) hadir untuk mengembalikan semula senyuman di raut wajahnya.
"Kita boleh main bola 90 minit tetapi belum tentu boxing tiga pusingan.
"Saya bermula bermain boxing apabila masuk Polis dan dari situ saya berminat dengan boxing. Bakat saya dikesan di situ.
"Apabila terpilih untuk mewakili Malaysia, walaupun hanya pingat gangsa tetapi itu pencapaian terbaik untuk diri saya. Saya mahu bersaing lagi tetapi kerana kecederaan saya sudah tidak mampu.
"Saya dan Sapok Biki dalam satu pasukan ke Sukan Komanwel 1998, tetapi sebulan sebelum itu jari saya patah ketika sesi latihan pusat.
"Boxing ini perlukan masa enam bulan untuk pulih, kecederaan moto juga sebabkan lapan tulang rusuk patah, tulang peha dan pinggul patah. Kecederaan hati 40% kerana tusukan tulang rusuk. Peluang hidup ketika itu hanya 50-50 sahaja. Tetapi Tuhan masih sayang untuk pulih.
"Jika diberikan peluang, saya akan cuba lebih baik daripada dulu. Dulu kami berlatih susah untuk dapatkan empat wakil negara.
"Terima kasih YAKEB bantu atlet daripada banyak aspek. Saya harap YAKEB dapat terus jaga nasib bekas atlet." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video