Ketua jurulatih Program Tenis Kuala Lumpur, Azizul Azhar, percaya Malaysia seharusnya menjadikan Thailand sebagai panduan bagi tenis terutama jika ingin bersaing di peringkat Asia Tenggara.
Selain itu, keraguan beberapa pihak dalam menyalurkan dana kepada sukan ini menjadi antara sebab tenis masih lagi di anak tirikan di Malaysia.
"Daripada ibu bapa, pemain, jurulatih dan kemudahan semuanya OK.
"Apa yang membezakan kita dengan pemain Thailand yang sudah merantau merata-rata ialah kekurangan penajaan daripada swasta mahupun kerajaan.
"Di sini kita mahukan keputusan terlebih dahulu.
"Kalau hendak berjaya, kita harus bersama-sama berusaha dari bawah," kata Azizul.
Pemilik Medrush, Saiful Redzuan, menegaskan keyakinan sekiranya tenis diberi perhatian menyeluruh, kemajuannya akan bergerak seiring seperti sukan popular yang lain.
"Negara kita bukannya tiada bakat cuma tidak ramai. Mungkin juga disebabkan tanpa sokongan ibu bapa.
"Sukan ini mungkin tidak sepopular bola sepak tetapi berdasarkan bakat, pemain kita mampu membanggakan negara," katanya.