Skip to main content

Sukan Lain

Program Podium tawar manfaat besar untuk sukan memanah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-jae-hyung.jpg
Jurulatih memanah negara, Lee Jae Hyung, melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak buahnya andai tiada ruang untuk mereka dalam Program Podium yang bakal merencatkan persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau tidak berselindung dengan kegagalan anak buahnya menyerlah di pentas Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini adalah didorong keinginan yang terlalu tinggi untuk menyumbang pingat emas sehingga ganggu fokus sebenar skuad negara.

Barisan recurve yang terdiri daripada Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin masih relevan dalam percaturan Jae Hyung memandangkan kedudukan mereka di ranking keenam dunia ketika ini.

Cuma menjadi kebimbangan pengendali dari Korea Selatan itu seandainya keistimewaan selaku atlet Program Podium ditarik balik akan menyukarkan mereka mendapat peluang kejohanan dan kem latihan luar negara seperti biasa. 

"Saya pun tidak pasti, kalau diberi peluang lagi, memang kami akan memanfaatkannya. 

"Kami cuma perlukan pertandingan sahaja, ia boleh meningkatkan mutu atlet negara selain menjadi medan persiapan," ujarnya. 

Selama 18 tahun berkhidmat untuk negara, Jae Hyung tidak menganggap kegagalan dalam Sukan Asia sebagai petanda sentuhannya kian pudar.

Malah, dia bersama anak buahnya giat menjalani latihan harian seperti kebiasaan ketika tumpuan 2019 membabitkan Sukan SEA Manila serta Kejohanan Dunia dianggap sebagai laluan penting dalam persediaan ke temasya Olimpik Tokyo 2020.

"Terdapat tujuh negara Asia yang berada di persada dunia memanah. 

"Kita tidak pernah menang dengan Korea Selatan dalam tempoh tiga tahun ini tetapi berbeza pula ke atas negara-negara lain. 

"Malaysia mempunyai potensi untuk layak ke Sukan Olimpik, cuma memerlukan persediaan rapi," tambah beliau. 
 

Advertisement

Must Watch Video