"Singkirkan sukan dan pegawai yang tidak bantu pencapaian skuad negara." Itu saranan bekas Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, untuk tempoh jangka pendek sekiranya Program Podium tetap diteruskan bagi mengurangkan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi itu.
Ia dianggap jalan terbaik untuk jangka pendek bagi mengurangkan kos tinggi yang telah dikeluarkan untuk Program Podium yang dilihat satu kerugian besar apabila tiada pencapaian memberangsangkan diraih.
Sekiranya program itu tidak ditamatkan, penambahbaikan perlu dilakukan segera, khususnya menyingkirkan atlet daripada sukan tertentu seperti renang, wushu dan karate selain pegawai-pegawai tertentu, termasuk Pengarah Program Podium, Tim Newenham.
"Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan memberi perhatian secara khusus kepada sukan-sukan yang layak bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Yang kedua, jurulatih dan pegawai yang berkenaan harus disingkirkan.
"Itupun jika mereka ingin meneruskan Program Podium dengan kos yang lebih kecil sehingga sampai satu masa yang difikirkan sesuai.
"Ia perlu dilakukan secara berperingkat, bukan drastik tetapi Program Podium ini harus dihentikan," ujarnya.
Sekiranya sudah tiba masa Program Podium dihentikan, maka perancangan jangka panjang perlu dilakukan segera.
Salah satu yang dicadangkan Mazlan adalah lebih baik sekiranya MSN menguruskan program sukan berprestasi tinggi itu berdasarkan tenaga kerja yang lebih berpengalaman yang dimiliki berbanding Institut Sukan Negara (ISN).
"Ketika ini, MSN hanya setakat menguruskan sehingga peringkat Sukan SEA, selain daripada itu adalah menerusi Program Podium.
"Program Podium elok 100 peratus dipulangkan kepada MSN," katanya.