Program Podium gagal? Itu persoalan yang timbul selepas kontinjen negara gagal mencapai sasaran kedudukan 10 teratas dalam Sukan Komanwel Gold Coast susulan berada di tempat ke-12 keseluruhan dengan meraih tujuh pingat emas.
Gold Coast 2018 merupakan ujian pertama Program Podium selepas dilancarkan pada Februari 2016.
Dengan matlamat mencapai kecemerlangan sukan untuk negara, atlet di bawah program itu ditagih untuk menyinar dalam usaha menjelmakan kilauan emas.
Namun, berdasarkan pencapaian kontinjen negara dalam temasya edisi ke-21 itu, ia tampak belum menunjukkan hasil yang diharapkan.
Sebaliknya, situasi lebih buruk berlaku apabila beberapa atlet di bawah program itu langsung tidak mempamerkan prestasi memuaskan, terutama dua atlet olahraga, Nauraj Singh dan Irfan Shamsuddin.
"Atlet Podium adalah terbaik daripada yang terbaik. Ada atlet lain menghasilkan prestasi menakjubkan dengan melakukan rekod peribadi terbaik dan meriah pingat.
"Tetapi, kita berkongsi maklumat, peralatan, kemudahan dan jurulatih. Mungkin kita juga berkongsi saat bagaimana kita mahu maju ke hadapan, tanpa pemisah," kata Pengarah Program Podium, Tim Newenham.
Untuk rekod, kesemua tujuh pemenang pingat emas di Gold Coast adalah daripada Program Podium kecuali pasangan beregu wanita, Vivian Hoo, iaitu Chow Mei Kuan.