Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) masih bersabar dengan situasi sukar membabitkan disiplin atlet apabila menjadikan amaran keras sebagai langkah pertama sebelum penyingkiran daripada Program Podium.
NSAM memiliki sejumlah 14 penembak di bawah program berkenaan, termasuk dua yang dicanang ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Johnathan Wong dan Alia Sazana Azahari.
Badan induk itu menegaskan aspek perwatakan diri menjadi satu keutamaan di samping prestasi di lapangan.
"Amaran yang dikeluarkan NSAM bukan berpandukan prestasi, sebaliknya berlandaskan sikap, disiplin dan aspek lain.
"Kalau prestasi tidak seiring dengan disiplin, kami akan mengeluarkan amaran dengan yang kali ketiga, mereka akan digugurkan," jelas ahli Jawatankuasa Pertandingan dan Latihan NSAM, Datuk Musa Omar, selepas Mesyuarat Pra-Penilaian Atlet Program Podium 2019 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Barisan penembak yang dikenal pasti sebagai bermasalah sudah diberikan peringatan dan peluang kedua untuk kekal dalam Program Podium.
Selain itu, perancangan mereka yang memiliki penanda aras tersendiri dalam mengukur prestasi semasa atlet.
"Kami akan menilai kejohanan-kejohanan yang telah atlet negara sertai.
"Kami mahu mengumpul maklumat prestasi atlet di Asia Tenggara untuk dijadikan penanda aras.
"Misalnya, kalau kita di belakang Thailand disusuli Singapura dan Vietnam, terlebih dahulu penembak negara mestilah setidak-tidaknya menyamai catatan Vietnam, kemudian barulah kita boleh memikirkan soal untuk mengalahkan mereka," katanya lagi.