Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Program Podium 2.0: Pendekatan baru buat barisan jurulatih kecewa

nazmizan-mohamad-2.jpg
Barisan jurulatih negara kecewa dengan pendekatan terbaru Program Podium yang memberi lebih banyak kuasa kepada atlet dalam menentukan program latihan, kejohanan dan jurulatih sendiri.

Pendekatan Program Podium yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyaksikan peranan jurulatih dan pegawai sukan negara seolah-olah diperkecilkan.

Realitinya, ketiga-tiga pihak perlu sepakat untuk membuat keputusan bagi mencapai apa jua sasaran. 

"Program Podium yang baru diperkenalkan semula menyaksikan atlet diberikan hak untuk melakukan keputusan tanpa melibatkan jurulatih," kata jurulatih lompat jauh paralimpik negara, Shahrul Amri Suhaimi.

"Sebagai jurulatih, anda harus memiliki kuasa. Jika tidak, atlet perlu menguruskan daripada latihan persiapan sehingga menghadapi kejohanan utama," kata jurulatih olahraga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Nazmizan Mohamad.

"Tugas saya membuat persiapan atlet untuk mencapai tahap terbaik. Bidang pentadbiran serta pengurusan saya serahkan kepada individu yang telah dilantik untuk menjalankan tugas," kata ketua jurulatih olahraga paralimpik negara, R. Jeganathan.

Advertisement

Must Watch Video