Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, mempertahankan Program Podium yang memberi lebih banyak kuasa kepada atlet menentukan hala tuju pencapaian mereka dengan penilaian pertama akan dibuat Jun depan.
Syed Saddiq mempertahankan sistem menentukan sasaran akan tetap membabitkan jurulatih, pegawai persatuan dan Majlis Sukan Negara (MSN) seperti diamalkan sebelum ini.
Bagamianapun, atlet kali ini diberi lebih banyak ruang untuk menyuarakan permintaan mereka, termasuk mendapatkan jurulatih terbaik.
Banyak pihak mengkritik keputusan itu kerana memperkecilkan peranan jurulatih dan pegawai, namun Syed Saddiq berpendapat strategi itu perlu diberi peluang.
"Seperti yang saya tekankan, terdapat jawatankuasa penilaian yang akan dibuat setiap enam bulan sebelum melakukan langkah yang seterusnya," kata Syed Saddiq.
Antara atlet yang sudah mendapat faedah ialah ratu karate-do negara, Syakilla Salni Jefri Krishnan, yang bakal dihantar berlatih di Latvia bersama jurulatih yang baru ditamatkan kontrak, Andris Vasiljevs.
Pelaksanaan Program Podium yang baru telah mendapat maklum balas positif daripada barisan atlet negara dan menganggap ia akan memastikan mereka lebih matang melakukan keputusan.
"Program Podium yang baru ini mampu melahirkan atlet yang lebih profesional dan lebih peka dengan setiap sasaran yang telah ditetapkan," kata pesilat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir.
"Apabila seseorang atlet itu menerima elaun yang tinggi, jadi permintaannya adalah lebih tinggi. Jadi atlet harus mempamerkan aksi yang lebih berkualiti selepas ini," kata penembak negara, Johnathan Wong.
Sementara itu, pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, mengkritik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memilih untuk melaksanakan semula Program Podium dengan memberikan kuasa penuh kepada atlet negara.
"Sebelum ini, Sistem Tier Majlis Sukan Negara (MSN) hanya berusia tiga bulan dan masih belum dapat dijalankan dengan sepenuhnya," kata Faithal.
"Kini ia telah dimansuhkan dan Program Podium 2.0 perlu diketengahkan dan ia menjelaskan bahawa MSN masih belum memberikan tumpuan untuk mencapai sasaran satu pingat emas dalam Sukan Olimpik."