Bekas juara Asia, Syakilla Salni Jefry Krishnan, hampir pasti terlepas tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) menamatkan program latihannya di Amsterdam, Belanda atas faktor masalah berat badan.
Syakilla sekali lagi gagal mengawal masalah berat badan selepas sebelum ini terlepas dua kejohanan K1 di Qatar dan Austria ekoran isu sama, sekali gus gagal mengumpul mata kelayakan Olimpik Tokyo .
Justeru, atlet berusia 27 tahun itu terpaksa pulang ke tanah air untuk mengikuti program latihan kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih skuad karate negara, Ali Reza Souleymani.
"Berat dia tidak stabil. Syakila mengalami masalah peribadi mengenai kesihatan tetapi perkara itu telah dilaporkan dan pihak pemakanan telah membantu.
"Bagi saya, isu melibatkan kekejangan otot itu selalunya disebabkan tidak cergas. Mana-mana atlet akan melalui situasi itu dan mungkin latihan di Amsterdam tidak membantunya untuk menghadapi kejohanan antarabangsa," kata Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.
Ia bukan kali pertama Syakilla berdepan masalah berat badan.
Dia terlepas beberapa kejohanan penting untuk mengumpul mata kelayakan Olimpik sejak tahun lalu sehingga menghuni ranking ke-69 kategori 55 kilogram.
Syakilla akan membuat keputusan Selasa depan sama ada akan menjalani program latihan baru atau menarik diri daripada skuad kebangsaan.