Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mohammed Iqbal Ali bin Kassim Ali, mempersoalkan tindakan yang mahu diambil sebilangan individu dalam badan induk itu.
Mesyuarat Agung Dwitahunan (BGM) MCA akan berlangsung dalam tempoh dua minggu dari hari ini, iaitu pada 26 April, namun hari ini Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) telah diadakan tanpa melibatkan dirinya serta naib presiden dan ahli exco.
Lantas, Iqbal mengambil keputusan untuk meletak jawatan bersama Naib Presiden, Dr. Arun Kumar Beshamber Nath, bersama tujuh ahli exco mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Stadium Astro sempat menghubungi Iqbal, yang berkata, "BGM MCA akan berlangsung dua minggu lagi, kenapa mereka beriya sangat untuk mengadakan EGM untuk melepaskan saya dan naib presiden?
"Kenapa tidak boleh tunggu, dan jika kami tidak melakukan pencapaian, undian boleh dilakukan sebaliknya melakukan EGM -- tidak membenarkan ahli semasa untuk menghadiri.
"Saya dan naib presiden serta beberapa ahli exco telah membuat keputusan meletak jawatan dan terdapat dua-tiga orang yang masih kekal."
Dalam satu surat yang ditulis oleh Iqbal mengenai perletakkan jawatannya yang berbunyi, "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mendalangi rampasan kuasa ini. Bagi mereka yang telah berundur bersama saya hari ini, ia bukan soal esprit de corps (semangat setia kawan di kalangan ahli sesuatu kumpulan) tetapi pemahaman yang jelas tentang apa yang patut pada masa-masa seperti ini.
"Saya tidak boleh bercakap untuk mereka yang tidak meletak jawatan hari ini - mereka akan bercakap dalam hati nurani mereka sendiri, dan saya akan membiarkan sejarah menilai tindakan mereka."
Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mohammed Iqbal Ali bin Kassim Ali, mengumumkan perletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.
Iqbal Ali telah berkhidmat sebagai presiden badan induk sukan kriket itu sejak 2021, berjaya memimpin skuad kriket lelaki dan wanita untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia.
Ketika ini, MCA telahpun mencecah pendapatan lebih RM17 juta berbanding RM4 juta setahun yang diraih sebelum pelantikan Iqbal.