Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan bekas atlet olahraga negara, Persatuan Olahraga Master Malaysia (POMM) telah menganjurkan satu majlis makan malam Olimpian dan bekas atlet antarabangsa yang berlangsung penuh meriah di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, malam tadi.
Penganjuran julung kali itu menyaksikan lebih 300 atlet dan bekas atlet negara diraikan.
Sememangnya, ia mengimbau semula nostalgia mereka yang telah mengharumkan nama negara di temasya utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Sebagai gimik persembahan, Olimpian wanita pertama negara , Annie Choong, yang beraksi dalam Sukan Olimpik Melbourne 1956 diberi penghormatan membawa obor ke pentas utama.
Turut hadir, Olimpian 1956, Lee Kah Fook, legenda pecut negara, Tan Sri Dr. M. Jegathesan, Datuk M. Rajamani, Rabuan Pit dan bekas jaguh lompat kijang negara, Zaki Sadri.
"Kami berharap penganjuran majlis ini menjadi tradisi kerana ia membantu merapatkan lagi atlet senior dan muda," kata Zaki.
Majlis itu turut mendapat pengiktirafan buku rekod Malaysia sebagai perjumpaan atlet paling ramai di negara ini.