Skuad polo air lelaki negara semakin hampir menamatkan penantian 12 tahun tanpa pingat selepas merekodkan kemenangan kedua, kali ini mengetepikan cabaran Thailand 11-7 di Puast Akuatik Nasional, hari ini.
Pingat gangsa tampak semakin berada dalam genggaman skuad negara apabila mereka kini menghuni tangga ketiga selepas tiga perlawanan.
Menurut jurulatih, Voon Yong Hui, dengan dua kemenangan tersebut, mereka kini berjaya mengatasi prestasi di Singapura 2015 apabila sekadar melakar satu kemenangan.
Walaupun tidak menafikan barisan pemain agak goyah di awal perlawanan sehingga ketinggalan 2-4, Voon menarik nafas lega apabila mereka tenang menyerap tekanan pada suku kedua dan ketiga untuk memenangi perlawanan.
"Sudah tentu ini adalah pencapaian yang baik. Ini kerana kali terakhir kami memenangi pingat adalah pada 2005.
"Sudah 12 tahun kita kemarau sebarang pingat. Tahun ini kita perlu memenanginya," kata Voon.
Ketua pasukan, Daryl Khoo Tiong Jinn, turut yakin mereka sudah ada keupayaan mencabar penyandang juara, Singapura, dalam aksi terakhir saingan round robin.
"Sebelum ini, semua orang mengatakan Singapura pasukan paling kuat. Selepas tiga hari, kita dapat lihat mereka mempunyai kelemahan," jelas Daryl.