Skip to main content

Sukan SEA

Polo air: Kapten negara umum persaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daryl-khoo-200817.jpg
Kemunculan selepas 13 tahun menyepikan diri memberi petanda yang baik buat bekas pemain polo negara yang juga merupakan jurulatih skuad negara, Voon Yong Hui, yang berjaya menghadirkan pingat gangsa, hari ini.

Yong Hui hanya bersama skuad negara sejak setahun lalu, namun kesan yang berjaya diberikan begitu drastik apabila berjaya memadamkan kemarau tanpa pingat sejak 12 tahun lalu.

Mengakui anak buahnya tidak beraksi di tahap terbaik ekoran keletihan, namun dia lega sasaran sekurang-kurangnya mengutip pingat gangsa berada dalam genggaman walaupun tewas kepada juara bertahan, Singapura, 17- 4 dalam mencari kedudukan pingat perak.

"Mereka telah berlatih dengan kuat dan saya sangat mendesak mereka. Mereka mempamerkan peningkatan yang mendadak berbanding dua tahun lalu.

"Sebenarnya, kami telah menyenaraikan enam pemain baru yang langsung tidak mempunyai pengalaman," ujar Yoong Hui.

Dalam pada itu kapten pasukan, Daryl Khoo, memberi gambaran ini adalah Sukan SEA terakhirnya, selepas mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada barisan muda yang dilihat lebih berpotensi.

"Sudah tiba masa untuk bekerja. Saya harap pemain muda boleh ambil posisi saya.

"Kami telah melakukan apa yang terdaya dan sudah ada platform untuk mereka meneruskan kejayaan ini. Saya berharap mereka dapat melakukannya dengan lebih baik lagi dalam Sukan SEA seterusnya," jelasnya..

Daryl -- yang juga merupakan bekas perenang kebangsaan -- mengakui polo air lebih sesuai dengannya, dan pingat gangsa yang diperolehi hari ini sudah cukup untuk dia beralih kepada bidang lain selepas ini.

Kutipan pingat gangsa kali ini adalah satu pengulangan bagi edisi 2005 apabila pingat sama diraih sementara pencapaian terbaik skuad polo lelaki negara dalam Sukan SEA adalah meraih perak dalam temasya 1989.
 

Advertisement

Must Watch Video