Umpama 'roller coaster', itu apa yang dihadapi dua pasukan negara iaitu SEM9 dan CelcomDigi Alliance (CDAL) yang berentap di Kejohanan PUBG Mobile Super League (PMSL) Southeast Asia Summer 2025 di Jakarta, Indonesia, malam tadi.
Mereka pada awalnya tampil cemerlang namun terdapat serba sedikit masalah dari segi konsistensi yang dihadapi kedua-dua pasukan dalam saingan hari pertama menyebabkan perancangan mereka tidak menjadi.
"Bagi saya perlawanan terakhir sangat baik dengan komunikasi juga baik, kami juga menang dalam pertarungan tadi. Harapan hari kedua adalah kejar Top 1 agar dapat bawa momentum itu di hari ketiga," kata pemain CDAL, Mohamad Azli Amran yang juga dikenali sebagai Oliyo.
Meskipun perancangan sudahpun dilakukan untuk menundukkan pasukan Alter Go sekali gus meraih kemenangan pertama bagi pasukan CDAL, namun perkara itu tidak berlaku dengan pemain CDAL menjanjikan permainan lebih garang dalam saingan hari kedua nanti.
Dalam pada itu, pengurus pasukan SEM9, Shahrizuan, berharap anak buahnya dapat menjadikan cabaran hari pertama sebagai pengajaran untuk tampil dengan pemainan lebih berani di hari kedua grand final nanti.
"Mereka tahu apa yang perlu dilakukan tetapi pasif berlaku kerana takut nak buat. Taktikal tidak perlu ubah kerana banyak menjadi tetapi aspek mental perlu perbaiki agar mereka lebih berani dalam perlawanan nanti." tambahnya.
Untuk rekod, saingan hari pertama menyaksikan wakil negara, CDAL mempamerkan momentum terbaik dengan berada di kedudukan keenam, manakala SEM9 pula di kedudukan ke-13.
Alter Ego daripada Indonesia berada tangga teratas diekori oleh pasukan E-Arena daripada Thailand, melengkapkan kelompok tiga terbaik adalah pasukan D'Xavier daripada Vietnam.