Nada kekecewaan turut disuarakan oleh satu lagi wakil negara, SEM-Nine, yang terpaksa menerima hakikat menamatkan saingan di tempat kelima dengan 76 elimination points, sambil hanya merekodkan satu Chicken Dinner sepanjang tiga hari Grand Final.
Berbekalkan semangat untuk memburu kejuaraan, SEM-Nine mempamerkan aksi terbaik mereka pada hari terakhir.
Mereka berada dalam posisi terbaik untuk meraih Chicken Dinner pada pusingan pertama, beradu nasib sehingga pusingan terakhir bersama pasukan STES.
Namun, pertarungan tersebut akhirnya berpihak kepada STES, meragut peluang SEM9 untuk mengukuhkan kedudukan.
Meskipun pasukan ini cuba menerapkan corak permainan yang lebih agresif, ia masih belum cukup untuk menggugat dua gergasi kejohanan, Dingoz Xavier dari Vietnam dan Bigetron Esports dari Indonesia, yang menguasai pentas Grand Final.
Pemain SEM-Nine, Mohamad Daniel Shah Abdul Latif, tetap berpuas hati dengan pencapaiannya, meskipun pasukannya gagal menembusi tiga terbaik.
"Secara individu, saya puas hati sebab ini baru kali kedua saya bertanding dan dua-dua kali berjaya sampai ke Top 5.
"Dari segi corak permainan, tiada banyak beza dengan musim sebelumnya, cuma kali ini kami bermain lebih agresif dan lebih pantas. Memang sejak awal, kami sudah yakin berada dalam kelompok 5 terbaik boleh dicapai.
"Cuma sasaran utama kami adalah dalam kelompok tiga terbaik, tetapi kami tidak berjaya mencapainya, mungkin kerana kami terlalu terlalu yakin," kata Mohamad Daniel Shah Abdul Latif, pemain PUBG Mobile SEM9.