Dengan sasaran untuk menjulang piala pertama di Grand Final PUBG Mobile Super League SEA (PMSL SEA) 2025, prestasi di final hari pertama buat wakil Pubg Malaysia, Celcom Digi Alliance (CDAL) kurang menyengat.
Hanya aksi terbaik mereka hadir pada map keenam dengan mengunggili kedudukan kedua di bawah wakil dari Vietnam, D’Xavier.
Situasi itu melonjakkan CDAL di tangga kelima secara keseluruhan saingan final hari pertama selepas kedudukan agak kritikal di antara map pertama hingga lima dengan hanya menghuni di antara tangga ketujuh hingga kelapan.
Perkara itu diakui sendiri kapten pasukan, Muhammad Hazim Irfan Kamarudin, yang melebelkan barisannya sebagai ‘lambat panas’ dalam cabaran hari pertama itu.
"Dalam perlawanan keenam kami dapat nombor dua, itu aksi terbaik kami hari ini. Kami mencari peluang antara dua pasukan lawan.
"Hari ini kami lambat panas, ada dua hari lagi dan kami akan cuba untuk kembali bangkit semula," katanya.
Sementara itu, dengan mengakhiri final hari pertama di kedudukan keempat secara keseluruhan ia bukanlah permulaan yang sempurna buat satu lagi wakil Malaysia, Sem9.
Masih lagi berlaku beberapa kesilapan yang menafikan peluang sem9 untuk melonjakkan kedudukan walaupun berjaya mendapatkan 1 ‘chicken dinner’ dari enam, ia dianggap masih belum cukup oleh wakil sem, Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz, atau lebih di kenali sebagai Uhigh.
"Hari ini sebenarnya kami boleh meraih dua 'chicken dinner', tetapi dua aksi itu kami tidak dapat beraksi dengan baik.
"Esok kami akan beraksi dengan lebih baik untuk rangkul tiga 'chicken dinner'." tambahnya.