Skip to main content

E-Sukan

PMSL: CDAL, SEM9 tekad bangkit musim depan meski format 'smash rule' mencabar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cdal.jpg
Pasukan CelcomDigi Alliance (CDAL) terlepas slot ke Piala Dunia E-Sukan selepas saingan grand final yang tamat terlalu awal disebabkan smash rule yang menyaksikan E-Arena menjadi juara Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Super League Summer 2025.

Meskipun berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pertama mereka dalam grand final di perlawanan ke-14, CDAL tampak mampu membuat kebangkitan untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik, namun parkara itu tidak terjadi.

Bagi pemain IGL CDAL, Muhammad Hazim irfan yang juga dikenali sebagai Jimmyop, satu perkara yang realistik untuk CDAL layak ke EWC, namun kecemerlangan pasukan dari Thailand itu yang manfaatkan smash rule untuk menjadi penghalang utama mereka untuk berbuat demikian.

"Secara realistiknya memang kami mahu lepasi ke EWC dan menjadi juara itu bonus. Tetapi setelah usaha tidak dapat kedua-duanya. 

"Perlu berusaha keras dengan mentaliti yang baik, mungkin kami perlu perlu buat perkara yang mustahil jadi tidak mustahil, katanya.

Perkara sama dikongsikan pemain IGL SEM9, Mohamad Daniel Shah Trexy yang turut dikenali sebagai Trexy, dengan menyifatkan pasukan mereka menjadi mangsa kepada smash rule.

Begitupun, Trexy tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan apabila posisi SEM9 di PMSL Summer 2025 adalah hasil daripada prestasi mereka sendiri yang kurang memberangsangkan.

"Bagi saya saingan hari terakhir tidak menarik kerana baru bermain tiga kali sudah kena smash. Jadi rasa kurang menarik untuk pasukan lain dan pasukan saya untuk bangkit.

"Persembahan kami tahun ini amat buruk, tidak sampai ke jangkauan kami," tambahnya.

Bagi jurulatih CDAL, Mosleh Subairi atau dikenali sebagai  Mosgoku, tidak ingin menuding jari selepas kegagalan layak ke pentas dunia, sebaliknya persiapan lebih awal bakal dibuat menjelang PMSL Fall 2025 dan juga PMGC 2025 nanti.

"Untuk musim depan akan akan bersedia dengan lebih ganas, Waktu berlatih juga kan ditambah kerana tidak layak ke Riyadh. Dan daripada aspek izikal akan lebih aktif bersukan agar mental terjaga." tambahnya.

Pengurus SEM9, Shah Rizuan, pula akur dengan apa yang terjadi di grand finals semalam, namun tetap ingin menekankan mengenai masa depan PUBG Mobile Malaysia apabila kurangnya pelapis yang bakal menggantikan bintang sedia ada.

"Bagi saya, kena daripada akar umbi. Perlu ada pasukan dari Bawah dan pemain muda. Kita ketandusan bakat baru tidak seperti Indonesia dan Thailand." tambahnya.

Untuk rekod, format baharu iaitu smash rules yang pertama kali digunakan dalam grand finals, pengulas dan juga penganalisis PUBG Mobile, Muhammad Amirul, berpandangan pelaksanaannya sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik.

Advertisement

Must Watch Video