Skip to main content

Sukan Lain

PLT diperkenal agar KRM lebih berdaya saing

datuk-shahrul-zaman-yahya_1.jpg
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berpuas hati dengan pencapaian skuad tujuh sepasukan negara dalam Sukan Asia Indonesia yang berakhir Ahad lalu meskipun tidak mencapai sasaran berada dalam kedudukan pingat.

Skuad negara kendalian Saizul Hafifi Md Nor menamatkan cabaran di tangga kelima keseluruhan selepas menewaskan China dalam perlawanan klasifikasi.

Kedudukan itu satu peningkatan berbanding tangga kesembilan dalam temasya Incheon 2014.

Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, menjelaskan pencapaian itu wajar diberi pujian walaupun pada awalnya badan induk berkenaan mengidamkan kedudukan pingat.

"Prestasi yang sangat baik telah ditampilkan (skuad ragbi 7s negara) yang bermula sejak Sukan SEA tahun lepas dan disusuli Sukan Asia.

"Kami harap berjaya dalam rayuan supaya ragbi dipertandingkan dalam Sukan SEA tahun depan (di Manila)," ujar Shahrul selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis KRM di Wisma MOM, hari ini. 

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan ialah persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang membuka tirai Selasa ini selain saingan Piala Agong bulan depan. 

Dalam pada itu, KRM juga akan mewujudkan Badan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) bagi mengurus penjenamaan serta aspek komersial membabitkan sukan berkenaan di Malaysia.

"Ia merupakan langkah komersial KRM daripada segi penganjuran kejohanan, pembiayaan, penajaan, barangan KRM, termasuk persiapan pasukan, kejurulatihan dan pengadilan. 

"Ini bermakna kami sedang menuju ke arah pengkorporatan yang akan dilaksanakan," ujar Shahrul lagi. 

Advertisement

Must Watch Video