Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) sudah hilang sabar dengan sikap penganjur, Life Profit Sdn Bhd, yang masih belum menyelesaikan wang ganjaran dan sedia membawa kes itu ke pihak mahkamah.
PKBM sudah pun dua kali mengeluarkan notis peringatan kepada pihak Life Profit supaya menyelesaikan wang ganjaran melibatkan saingan Jelajah Malaysia 2017 dan Tour de Selangor.
Wang ganjaran yang masih tertunggak untuk Jelajah Malaysia dianggarkan berjumlah RM160,000 manakala untuk Tour de Selangor pula berjumlah RM80,000.
Tarikh akhir yang sepatutnya dilunaskan oleh Life Profit kepada semua pemenang adalah pada 15 April, namun sehingga kini PKBM masih belum menerima sebarang makluman.
"Kami sudah beberapa kali memberikan surat peringatan kepada pengurus acara dan sekiranya perkara ini berterusan kami akan mengambil tindakan undang-undang.
"Selain itu, kami akan senarai hitamkan penganjur dan individu dalam syarikat acara itu," kata Setiausaha PKBM, Ibrahim Mustafa.
Ibrahim ditemui ketika berlangsungnya Kejohanan Kriterium Program Pembangunan Berbasikal Remaja di ibu negara, hari ini.
Program yang sudah dianjurkan sejak 2016 itu menjadi medan dalam memilih bakat baru untuk mengikuti program Path of Champions sebagai pendedahan kepada perlumbaan bertaraf antarabangsa.
"Ada dua kejohanan di luar negara. Pertamanya, kami akan bawa mereka ke Belgium dan keduanya, kami akan bawa ke Australia.
"Senarai dibawa ini adalah pelumba yang terbaik dalam kejohanan," kata naib presiden PKBM, Yunus Ibrahim.