Skuad wanita negara dihadiahkan kejutan sebelum mengalami kekalahan 3-0 kepada Singapura dalam aksi pembuka tirai acara berpasukan Sukan Komanwel di Gold Coast, sebentar tadi.
Kejutan itu hadir dalam bentuk perubahan penjadualan lawan dalam peringkat kumpulan.
Malaysia yang sepatutnya bertemu Sri Lanka selepas aksi dengan Singapura itu terpaksa merencana strategi untuk menentang Fiji.
"Saya akan menentang wakil dari Fiji. Saya pun masih tidak tahu pemain Fiji itu kerana saya belum berjum sebelum ini," kata pemain negara, Ho Ying.
Terdahulu, Ho Ying tidak terdaya menentang tonggak Singapura yang berada di ranking keempat dunia, Feng Tianwei -- pemain negara itu terpaksa akur dengan kekalahan 3-11, 3-11, 6-11.
Perseorangan kedua, Alice Chang, yang melakukan penampilan pertama dalam Sukan Komanwel, mempamerkan aksi memberangsangkan.
Berbeza dengan Ho Ying, dia berupaya membuat lawannya, Yu Mengyu, mengerah keringat sebelum tumbang 4-11, 10-12, 10-12.
Ho Ying kemudian beraksi dalam saingan beregu bergandingan bersama Karen Lyne juga menawarkan tentangan.
Kegopohan menghalang mereka daripada kemahuan untuk merampas satu set ketika tewas 6-11, 5-11, 11-13 berdepan beregu Singapura.
"Singapura terlalu kuat. Walaupun ada mendahului perlawanan tetapi kami tewas juga kerana tertekan untuk mencari kemenangan," kata Ho Ying lagi.