Batra Manika-Mouma Das ternyata sukar digugat pasangan ping pong beregu wanita negara, Ho Ying-Karen Lyne, yang terpaksa melupakan pentas akhir Sukan Komanwel Gold Coast selepas tunduk di tangan beregu India itu 0-3, sebentar tadi.
Mampamerkan aksi meyakinkan ketika menundukkan wakil Australia, Lay Jian Fang-Miao Miao, 3-1, mereka terus menjadi sandaran negara untuk ke final.
Bagaimanapun, sebaik set pertama bermula, Ho Ying-Karen, gagal menemui rentak.
Ho Ying-Karen bergelut untuk menyaingi permainan pantas lawan mereka sebelum tewas 4-11.
Beregu wanita negara cuba bangkit dalam set kedua dengan menghadirkan cabaran kepada lawan, namun Manika dan Das terus memperkemaskan aksi untuk Ho Ying-Karen tunduk 6-11.
Kelibat taruhan negara terus tidak menjadi dalam aksi separuh akhir itu selepas pasrah tewas 5-11 dalam set ketiga.
Ho Ying-Karen akan beraksi dalam penentuan pingat gangsa petang ini dengan bertemu satu lagi wakil India, Sutirtha Mukherjee-Pooja Sahasrabudhe.