Beregu campuran negara, Choong Javen-Karen Lyne, tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua ping pong Sukan Komanwel Gold Coast selepas menundukkan Sri Lanka 3-0 hari ini.
Bertemu Imesh Ranasingha-Hansani Pakugeekiyana ternyata mudah buat gandingan negara. Biarpun pencabar dari Sri Lanka itu memberikan tentang dalam set pertama, namun kemenangan dicipta skuad negara 12-10.
Jangkaan kebangkitan daripada Ranasingha-Pakugeekiyana dalam set kedua juga meleset apabila Choong Javen-Karen Lyne menamatkan pertarungan 11-2.
Choong Javen-Karen Lyne mengekalkan momentum serupa untuk memastikan slot ke pusingan kedua hasil kemenangan 12-11 dalam set ketiga.
Mereka akan bertemu wakil India, Pooja Sahasrabudhe-Harmeet Desai, dalam pusingan berikutnya, tengah hari nanti.