Atlet ping pong para negara, Azwar Abdul Razak, tidak terkilan meskipun tidak dapat bersama kontinjen Malaysia berarak ketika acara pembukaan Sukan Komanwel semalam, sebaliknya fokus kepada latihan saat-saat akhir sebelum berlepas ke Gold Coast, Sabtu ini.
Ini merupakan kali pertama acara ping pong para dipertandingkan dalam Sukan Komanwel.
Justeru, Azwar cuba mendapatkan bekas pemain kebangsaan, Muhd Shakirin Ibrahim, untuk berkongsi ilmu berdasarkan pengalamannya bersaing dalam tiga edisi Sukan Komanwel, iaitu di Melbourne 2006, New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.
Ia dianggap sebagai persiapan saat-saat akhir dalam membantunya menghadapi cabaran di Gold Coast nanti.
"Saya fikir dia (Shakirin) boleh dikatakan legenda di Malaysia. Dia dengan saya memang kawan baik dan dia banyak bantu saya daripada segi taktikal," kata Azwar.
Sementara itu, Shakirin berkata: "Dia tidak banyak yang perlu diperbaiki, maksudnya tiada banyak yang perlu diubah.
"Macam saya, saya sudah banyak berpengalaman. Saya banyak berinya nasihat untuk berdepan lawan. Saya hanya persiapkan taktikalnya sebelum ke Gold Coast."
Biarpun tidak dapat bersama dengan rakan-rakan lain berarak di Stadium Carrara untuk acara pembukaan, Azwar tidak terkilan, sebaliknya menyatakan misi utamanya nanti di Gold Coast adalah untuk mengharumkan nama Malaysia.
Acara ping pong para bakal membuka tirai pada 11 April dan akan dilangsungkan di Oxenford Studios.