Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Ashraf mara ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25417ashraf.png
Pemain ping pong negara, Ashraf Haiqal Rizal, tidak berdepan masalah menundukkan wakil tuan rumah, David Powell, 4-1 sekali gus layak ke pusingan 16 saingan Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.

Ashraf tidak berdepan sebarang masalah dalam set pertama untuk meraih kemenangan 11-9 sebelum Powell menyamakan kedudukan dengan kemenengan 11-9 dalam.set kedua.

Bagaimanapun, Ashraf bangkit dengan meraih kemenangan tiga set berturut-turut 11-6, 11-9, 11-5 bagi memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Turut melangkah ke pusingan 16 ialah perseorangan wanita, Ho Ying.

Menang set pertama, rentak konsisten Ho Ying gagal diteruskan dalam set kedua apabila tewas 5-11.

Ho Ying kemudian memenangi dua set berikutnya sebelum memastikan kemenangan dengan menundukkan pemain Wales, Carey Charlotte, hasil kemenangan 11-7, 5-11, 11-5, 11-6, 8-11, 11-8. 

Sementara itu, skrip berbeza menimpa rakan sepasukannya, Karen Lyne, apabila gagal meneruskan kemaraan selepas ditunjukkan jalan keluar oleh wakil tuan rumah, Melissa Tapper, 1-4.

Advertisement

Must Watch Video