Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Ashraf ketuai misi negara ke suku akhir

25417ashraf.png
Skuad ping pong lelaki negara mengesahkan slot ke suku akhir Sukan Komanwel Gold Coast selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Scotland di Oxenford Studios, sebentar tadi. 

Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila pemain ping pong negara, Leong Chee Feng, mempamerkan aksi melawan untuk bangkit mengatasi lawan dari Scotland, Gavin Rumgay, 3-2. 

Selepas menawan set pertama 12-10, Chee Feng bagaimanapun tewas dua set berikutnya sebelum menang set keempat untuk mengheret permainan ke set penentuan. 

Aksi berlangsung sengit dan pada suatu ketika, Chee Feng ketinggalan 5-9 sebelum bangkit untuk memberikan mata pertama negara hasil kemenangan 12-10. 

Harapan negara untuk mata kedua kemudian disandarkan kepada Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal yang berdepan Craig Howieson. 

Selaku pemain paling berpengalaman, Ashraf tampil dengan permainan meyakinkan untuk meraih kemenangan mudah 3-0 ke atas Howieson, 11-9, 11-4, 11-5. 

Aksi seterusnya membabitkan pasangan beregu lelaki, Choong Javen-Chee Feng, yang menentang Howieson-Colin Dalgleish. Bagaimanapun, beregu negara itu gagal menoktahkan kemenangan yang menyaksikan pasangan Scotland itu mencuri mata pertama hasil kemenangan 11-7, 11-8, 12-10. 

Sandaran sekali lagi diletakkan kepada Ashraf untuk menghadiahkan mata kemenangan Malaysia dan dia tidak menghampakan apabila berjaya memastikan slot ke suku akhir milik Malaysia dengan kemenangan straight set ke atas Dalgleish. 

 

Advertisement

Must Watch Video