Skip to main content

Sukan Asia

Ping pong: Alice enggan pandang remeh cabaran peserta termuda berusia 11 tahun

alice-chang.jpg
Atlet ping pong wanita negara, Alice Chang, enggan mengambil mudah pertemuan menentang Anna Hursey dari Wales dalam aksi kedua malam ini meskipun lawannya itu baru berusia 11 tahun. 

Alice membuka aksi acara perseorangan wanita dengan langkah kanan selepas menundukkan Halima Nambozo dari Uganda 4-0. 

Pemain kelahiran Sarawak itu menang 11-5, 11-5, 11-5, 11-6. 

Lawan seterusnya menanti Alice merupakan atlet termuda temasya ini, Hursey. 

"Saya harap dapat meraih undian yang terbaik dan akan cuba menampilkan aksi yang konsisten walaupun sukar," kata Alice.

Turut mencatat kemenangan dalam aksi pertama ialah dua pemain wanita, Lain Ho Ying dan Karen Lyne. 

Tatkala Ho Ying mudah menewaskan Neema Wyaisyula dari Tanzania 4-0, Karen pula diberi tentangan sengit sebelum menang 4-1 ke atas Trenace Lowe dari Guyana. 

Sementara itu, empat pemain lelaki negara juga mudah merakamkan kemenangan dalam aksi pertama, antaranya menerusi Ashraf Haiqal Rizal yang menundukkan wakil St Vincent, Daniel Carlton. 

"Untuk aksi pada pagi ini, pihak lawan agak bagus dan tidak terlalu lemah," ujar Ashraf.



Keputusan penuh: 

Leong Chee Feng mng Yuvraaj Dookram 4-1 
Ashraf Haiqal mng Daniel Carlton 4-0 
Javen Choong mng Devesh Hukmani 4-0
Azwar Bakar mng Ian Kent 3-1
 

Advertisement

Must Watch Video