Beberapa pemimpin Persatuan Ping Pong Selangor merayu kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, agar segera menyelesaikan isu berkaitan pengurusan persatuan tersebut yang didakwa telah melakukan proses pemgambilalihan secara tidak sah.
Menurut Naib Presiden Persatuan Ping Pong Selangor, Datuk Ir. Dr. Paul Lee Kok Sun, pemilihan terbaharu yang dilakukan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya iaitu melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Jelasnya, lebih membimbangkan badan induk kebangsaan iaitu Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) telah mengesahkan dan mengiktiraf kepimpinan baharu yang tidak sah ini, manakala Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pula telah meluluskan pendaftaran mereka tanpa sebarang siasatan terperinci dan bertentangan dengan proses sah AGM.
"Sejak aduan rasmi dikemukakan kepada pihak PJS pada 7 Mei 2025, kami telah melakukan tujuh tindakan susulan termasuk penyerahan surat secara fizikal dan sidang media tergempar pada 3 Jun 2025.
"Namun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima daripada pihak berwajib," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Tambahnya, PPPS merayu agar Hannah Yeoh segera bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut tersebut secara adil dan mengikut lunas undang-undang.
"Sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, Persatuan Ping Pong Selangor akan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan salah guna kuasa atau kecuaian serius yang berlaku," katanya lagi.
PPPS juga hari ini telah menghantar aduan secara rasmi ke Pejabat Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.