Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menyahut cabaran dilontarkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk membuktikan mereka bukanlah jaguh kampung, sebaliknya mampu meraih kejuaraan dalam Piala Raja Thai 2025.
Pengendali kelahiran Ulu Tiram, Johor, itu percaya anak buahnya di pada tahap terbaik ketika ini, meskipun baru sahaja menamatkan saingan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL), Grand Prix (GP) Kuala Lumpur 2025, Ahad lalu.
Untuk rekod, skuad lelaki negara berdepan misi menamatkan kemarau 37 tahun dalam acara regu berpasukan, selepas kali terakhir memenangi kejohanan itu dalam edisi 1998 di bawah kendalian Haris Abdul Rahman.
Bagi Kejohanan Piala Raja Thai Edisi Ke-38 tahun ini, skuad lelaki dan wanita bakal menyertai tiga acara iaitu regu berpasukan, quadran serta quadran campuran.
"Pasukan terus fokus untuk persiapan menjelang beberapa hari lagi sepak mula Piala Raja Thai.
"Kami kekalkan beberpaa regu bagi mengekalkan momentum prestasi pasukan negara.
"Ada juga regu yang kami terapkan untuk cuba permainan yang agak berbeza, secara keseluruhan tidak banyak perubahan akan dibuat.
"Ini salah satu cabaran positif kerana kami tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan apabila bertanding di Thailand.
"Ini peluang terbaik untuk pasukan negara untuk mencipta satu kejutan dan menamatkan badi," katanya.