Faktor ketahanan dan stamina menjadi pemisah utama di antara Malaysia dan juga musuh tradisi, Thailand, yang menyaksikan kem negara terpaksa akur tewas 0-2 di pentas final acara regu berpasukan Piala Raja Thai di Central Hatyai semalam.
Ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun, percaya pasukannya meraih pengajaran berguna sambil berharap prestasi sama tidak akan berulang dalam kejohanan akan datang.
Edisi kali ini menyaksikan kem negara meraih pingat gangsa acara kuadran lelaki dan perak regu berpasukan lelaki.
"Kami agak kecewa kerana pemain kita tidak dapat menunjukkan prestasi semasa masing-masing dalam Piala Raja Thai. Itulah yang membuatkan kami rasa kurang berpuas hati," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Tetapi saya tetap percaya dengan pemain-pemain kita dan ini merupakan satu pengajaran berguna kepada semua pemain supaya mereka dapat lihat segala kekurangan dan kelemahan untuk kita bangkit dalam Sukan SEA nanti.
"Selain daripada jadual yang agak padat, pemain kita juga agak kurang daripada segi ketahanan, daya tahan otot, cepat hilang tumpuan, kurang konsisten dan kurang semangat juang.
"Perkara-perkara ini kami akan masukkan ke dalam post-mortem bersama dengan PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) dalam masa terdekat untuk kita rangka program latihan yang berkesan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi dalam Sukan SEA yang bakal tiba dalam masa tiga hingga empat bulan lagi," katanya.