Kepulangan skuad senior hoki lelaki negara dari Jelajah Australia dan Korea Selatan membantu ketua jurulatih, Sarjit Singh, menilai kemampuan sebenar pemain sebelum mengumumkan skuad akhir 20 pemain bagi kempen Piala Negara-Negara di Kuala Lumpur.
Namun, persoalan sebenar -- adakah The Speedy Tigers mampu mencapai sasaran yang ditetapkan untuk ke separuh akhir, memandangkan skuad negara berada dalam Kumpulan B bersama musuh tradisi Pakistan, New Zealand dan Jepun.
Jika ranking dunia jadi ukuran, skuad negara merupakan pilihan keempat kejohanan di belakang Perancis, Afrika Selatan dan New Zealand.
Bagi bekas ketua jurulatih, Stephen Van Huizen, selain menitikberatkan kepentingan bertahan sebagai satu unit dan keberkesanan penyudah gerakan pukulan sudut penalti diketuai flicker utama, Syed Syafiq Syed Cholan, perlu adanya pemain versatil yang mampu menjadi nilai tambah dalam kem negara.
Antara yang dikaitkan dengan peranan itu, adalah Muhajir Abdu Rauf dan Norsyafiq Sumantri yang mampu menggalas peranan berbeza mengikut kepentingan pasukan.
Muhajir dan Norsyafiq merupakan penyerang namun berupaya menjadi pemain pertahanan selepas jurulatih terdahulu, Arul Selvaraj, menukar posisi mereka dari musim 2020 sehingga 2023.
Penyerang skuad hoki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, mengakui masih belum berpuas hati, walaupun tampil cemerlang di Jelajah Korea Selatan menerusi empat gol.
Pemain yang mesra disapa Akhi itu percaya, banyak lagi kerja rumah perlu dibuat dalam misi memikat hati pengendali, Sarjit, dengan hanya 20 pemain bakal dipilih bagi membarisi skuad kebangsaan ke piala negara negara yang dijadual berlangsung 15 Jun ini.
Pemain Terbaik Piala Dunia Hoki Fives 2024 itu juga berharap gandingannya bersama Azrai Aizad Abu Kamal akan digilap lagi supaya mampu menjadi duo berbisa yang mampu menggegar Piala Negara-Negara nanti.
Stephen Van Huizen yakin Sarjit Singh mampu membariskan pemain terbaik bagi menghadapi cabaran Piala Negara-Negara 2025 ???#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/H5RKbWpDqu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 30, 2025