48 jam menuju perlawanan pembukaan skuad negara bertemu Pakistan dalam aksi pertama Kumpulan B -- pemain yang diberi jolokan nadi kekuatan kem negara, Fitri Saari, terpanggil untuk mengingatkan pemain muda agar berwaspada dengan peraturan terkini hoki moden melibatkan situasi hantaran bola tinggi.
Gerakan itu sudah menjadi trend permainan hoki di peringkat antarabangsa yang mudah dan pantas mengeksploitasi kelemahan pasukan lawan di kawasan merbahaya.
Bagi pasukan yang bertahan, pemain tidak dibenarkan untuk melakukan pintasan ketika bola di udara dan sebaik bola dikawal barulah pemain boleh memberi tekanan dalam misi merampas penguasaan bola.
Fitri selaku antara pemain senior dalam pasukan tidak rela aspirasi skuad negara pada kempen kali ini dikecewakan dek kerana kesilapan mudah.
"Semua pemain harus mengambil tahu perubahan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
"Perkara ini boleh menjadi kelebihan atau kekurangan. Saya harap rakan sepasukan dapat memahami perubahan ini. Ini boleh mengelakkan daripada melakukan kesilapan berlaku," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Sementara itu, Fitri berkongsi keterujaannya apabila ketua jurulatih, Sarjit Singh, melakukan rombakan saat akhir melibatkan peranan kapten The Speedy Tigers, Marhan Jalil, bagi pertemuan menentang Pakistan Ahad ini.
Marhan yang sinonim dengan posisi pertahanan bakal bergandingan bersama Fitri di bahagian tengah bagi mengekang kekuatan utama Pakistan terutamanya bagi gerakan serangan balas yang pantas.
"Satu perkembangan yang baik. Ini boleh membantu memperkuat bahagian tengah," tambahnya.