Kejohanan Bola Sepak Antara Daerah Piala Ketua Menteri Sabah bakal berlangsung untuk edisi kelima pada Oktober depan.
Seperti sebelum ini, kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) itu akan diadakan dalam dua peringkat, iaitu peringkat kumpulan dan pusingan akhir.
Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berharap kesemua ahli gabungan persatuan berkenaan dapat menyertai kejohanan itu.
"Kami jangkakan kesemua 26 daerah akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini kerana antara tujuan utamanya adalah mencungkil bakat-bakat baharu," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa kejohanan di pejabat SAFA, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Lawrence berkata kesemua pasukan atau daerah akan dibahagikan kepada lapan kumpulan menerusi undian, dengan tiga atau empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir.
Katanya, fasa pertama kejohanan itu yang membabitkan empat kumpulan akan diadakan pada 6 hingga 8 Oktober manakala fasa kedua yang membabitkan empat lagi kumpulan akan diadakan pada 13 hingga 15 Oktober.
"Pasukan yang layak ke pusingan akhir akan berentap di Kota Kinabalu pada 1 hingga 5 November depan," katanya.
Dalam kejohanan tahun lalu, pasukan Labuan muncul juara selepas menewaskan juara bertahan, Tawau, menerusi penentuan sepakan penalti.