"Muncul juara STL Divisyen 1, Disember lalu membuat semangat kami masih lagi membara," itulah perasaan tekong The Bos Gaurus , Meor Mohd Zulfikar Mat Amin, mengenai harapannya dalam Kejohanan Piala Emas Khir Johari yang akan membuka tirainya di Majlis Perbandaran Serdang Jaya Selangor (MPSJ) esok.
Tambahnya lagi, "Perak perlu diberi perhatian, rakan sepasukan bukan biasa-biasa. Tidak mustahil kami menjadi empat pasukan terbaik".
Perejam, Fadhil Muhammad Fazil Mustapa, juga berpendapat keserasian antara mereka mampu memberikan cabaran kepada lawan.
"Kami sudah lama bersama dalam pasukan. Saya berharap undian kumpulan menyebelahi kami nanti.
Pemain apit kiri, Hafiz Zulkifli, pula berkata: "Kami mahu dianggap pasukan under-dog. Seperti Meor, saya juga yakin Perak mampu mencipta kejutan seperti dalam STL. Empat pasukan terbaik yakin direalisasikan."