Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada keputusan sukar apabila gagal mengulangi pencapaian cemerlang sewaktu Piala Dunia ISTAF edisi lalu.
Skuad sepak takraw negara sekadar membawa pulang tiga pingat gangsa secara keseluruhan di Bihar, India.
Namun, Presiden Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, menegaskan sebaliknya bahawa pencapaian mengecewakan itu bukanlah prestasi sebenar pasukan kebangsaan.
Sumali tidak mahu menjadikan keputusan di Bihar sebagai kayu pengukur buat kem negara, malah menyifatkan fokus utama dalam pelan asal aladah Piala Asia Kuala Lumpur, Piala Raja Thai dan Sukan SEA Thailand.
"Saya telah memanggil semua barisan kejurulatihan untuk mengadakan bedah siasat tentang apa yang perlu dibaiki segala kelemahan untuk menambah kekuatan.
"Kami mempunyai tempoh masa sebulan lagi untuk menghadapi Piala Asia di sini (Kuala Lumpur) yang sebenar-benarnya menjadi sasaran utama kami.
"Tiga kejohanan besar itu dalam fokus terpenting kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Sementara itu, Sumali turut menyatakan keterujaannya dengan kejayaan skuad wanita menggondol dua gangsa.
Dia berharap momentum tersebut dapat diteruskan menjelang kejohanan besar tahun ini.
"Apa yang lebih menarik ialah kuadran campuran hampir menewaskan Thailand.
"Nampak seperti ada sinar untuk memperkuat sektor itu.
"Ini adalah proses untuk mendapatkan keputusan terbaik pada masa akan datang," tambahnya.