Skip to main content

Hoki

Piala Azlan Shah: Aksi pemanas badan dengan Argentina medan pilih pemain

stephen-van-huizen_1.jpg
Barisan pemain hoki negara sedia memberikan komitmen tinggi bagi memikat hati jurulatih negara, Stephen Van Huizen, sebelum senarai akhir pemain diumumkan bagi menghadapi Piala Sultan Azlan Shah, 3 Mac ini. 

Tatkala beberapa negara seperti India, Australia mahupun England sudah mengumumkan senarai pemain untuk dibawa ke Ipoh, Malaysia masih lagi berteka-teki dengan senarai akhir 18 pemainnya. 

Van Huizen tetap dengan pendirian hanya akan mengumumkan senarai akhir selepas aksi persahabatan dengan Argentina, Selasa depan. 

Secara tidak langsung, persaingan masih lagi terbuka untuk kesemua 23 pemain di bawah Program Podium untuk memikat hati Van Huizen. 

"Kemungkinan pemain berbeza akan bermain dalam Piala Sultan Azlan Shah kali ini, kami tidak tahu apa perancangan jurulatih dan pengurusan. 

"Saya harap pemain-pemain bersedia memnberikan persembahan terbaik dalam kejohanan ini," ujar Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil. 

Bagaimanapun, peluang untuk empat lagi pemain yang dijemput Van Huizen berlatih bersama skuad negara seperti Najib Abu Hassan, Mohammad Ashraf Hamsani, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran dan Mohd Sufi Ismat dilihat masih samar.

Namun, harapan untuk mereka menyarung jersi kebangsaan tetap ada ekoran Malaysia masih mempunyai beberapa kejohanan penting seperti Sukan Komanwel, Trofi Juara-Juara Asia, Sukan Asia dan Piala Dunia, tahun ini. 

"Senarai akhir belum keluar lagi. 

"Walaupun saya antara tiga pemain skuad senarai menunggu, jurulatih berpesan bahawa kami berpeluang untuk merebut tempat," kata Najib pula. 

 

Advertisement

Must Watch Video