Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, berkongsikan cabaran dan keistimewaan penganjuran kejohanan sepak takraw peringkat antarabangsa dengan Malaysia bertindak sebagai tuan rumah sekali lagi.
Untuk rekod, Piala Asia ASTAF 2025 merupakan penganjuran kali kedua Malaysia sebagai tuan rumah selepas Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF tahun lalu.
Dia turut menjelaskan mengenai persiapan menjelang tempoh 48 jam lagi sebelum Piala Asia ASTAF 2025 yang berada dalam keadaan terbaik selain bakal terdapat karnival di luar perkarangan Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, nanti.
"Saya rasa berjalan dengan lancar menjelang tempoh 48 jam lagi, persiapan telah rapi untuk pastikan kebajikan pemain daripada luar negara.
"Daripada persediaan stadium, dalam proses 80% ke 90% dekorasi dalam dan luar dewan selain dan karnival dan jualan juga di luar stadium dengan kehadiran beberapa selebriti.
"Kesukaran adalah bagaimana mahu jemput semua negara datang ke Kuala Lumpur selepas Piala Dunia, tetapi respon daripada menjelaskan penganjuran sebelum ini antara yang terbaik.
"Saya ambil cabaran untuk bawa Piala Asia ASTAF, sebelum ini peringkat Asia tiada piala, tetapi istimewanya kali ini Malaysia sebagai tuan rumah adanya piala dengan empat acara. Tahun lepas tiga acara, tahun ini empat.
Dalam pada itu, dia turut meletakkan sasaran kem negara mampu mara ke empat pentas akhir acara yang dipertandingkan selain acara regu berpasukan selepas 34 tahun tanpa kejuaraan.
"Apabila beraksi di gelanggang sendiri, saya sasarkan semua ke final dengan perkembangan terkini pemain sudah tidak risau berlawan dengan siapa. Thailand mahupun Indonesia, mereka hadam.
"Tahun lepas kita letak sasaran untuk pecahkan kebuntuan tidak pernah juara dalam acara regu selepas 33 tahun dan tahun ini tahun ke-34. Saya maklumkan kepada pemain fokus kita kepada semua acara. Ini masanya kita cuba jadi juara acara berpasukan di Kuala Lumpur.
"Kita kena berani. Apa cara sekali pun, saya kata saya mahu jadi juara acara regu berpasukan di tempat kita. Kita perlu pecahkan rekod 34 tahun. "tambahnya.