Kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, menaruh pengalaman 18 tahun bersama skuad negara sebagai kunci utama menjuarai Piala Asia ASTAF 2025 di laman sendiri, sekali gus menyamai pencapaian juara dunia yang lalu.
Apit kiri berusia 36 tahun itu menawarkan keserasian bersama gandingan trio berbisa iaitu Azlan Alias dan Syahir Rosdi.
Selain menjadi benteng halangan pertama ketika bertahan, Farhan turut mengambil kira faktor bahasa tubuh rakan sepasukan sebagai medium perantaraan dalam memahami kondisi mereka ketika berada dibawah tekanan.
Kepimpinan Farhan ditagih dalam skuad kebangsaan khususnya dalam mengemudi pemain muda dalam misi menjanjikan kejayaan di pentas Piala Asia ASTAF yang akan membuka tirai daripada 10 hingga 18 Mei depan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
"Perkara itu adalah persefahaman, jika kita dengar bunyi pun sudah tahu apa yang mereka mahu. Kami perlu saling memahami kerana satu berpasukan dan bukan individu.
"Komunikasi penting, cuma perkara itu satu rahsia agar tiada orang lain fahami dan hanya yang berada dalam gelanggang sahaja tahu. Tiada orang lain fahami, kerana Azlan Alias mana-mana boleh pukul, saya fahami dia mahu bola dimana.
"Saya nampak perkara itu, yang penting bagaimana kami mahu bertahan daripada serangan pihak lawan dan matikan bola." katanya.