Jangkakan lautan penyokong dalam aksi final pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup melibatkan Selangor dan pasukan gergasi Thailand, Buriram United, di Stadium Petaling Jaya malam ini.
Ini selepas pasukan Gergasi Merah itu mengumumkan tiket bagi perlawanan berkenaan sudah habis terjual semalam.
Selangor dalam misi membawa bekalan gol daripada aksi di laman sendiri itu menjelang perlawanan timbal balik di Chang Arena, Buriram minggu depan.