Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) memohon maaf kepada Nottingham Forest susulan jaringan kedua Manchester United oleh Matheus Cunha sepatutnya tidak dikira.
Gol dalam kemenangan 3-2 Liga Perdana Inggeris (EPL) The Red Devils ke atas Nottingham Forest pada hari Ahad sepatutnya diketepikan kerana bola terkena tangan Bryan Mbeumo.
PGMOL menghubungi Forest pada hari Isnin untuk mengakui kesilapan pengadil, Michael Salisbury, yang mengesahkan jaringan itu meskipun telah meneliti video bantuan pengadil (VAR).
Laporan Salisby merasakan Mbeumo mengawal bola di antara lengan dan badannya sebelum rembatannya disekat dan lantunan jatuh ke kaki Cunha. Salisbury menilai sentuhan itu tidak disengajakan dan mengekalkan keputusan asalnya.
BREAKING: PGMO admit Manchester United's second goal during yesterday's game should not have been given. PGMO chief refereeing officer Howard Webb has talked to Forest today to acknowledge the misjudgement. pic.twitter.com/Du7WjUfSn1
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 18, 2026
Pengurus Forest, Vitor Pereira, berkata dalam sidang akhbar bahawa peraturan perlu lebih jelas.
"Bagi saya, ia adalah bola terkena tangan, sangat jelas," kata Pereira.
"Menyedihkan kerana tidak membatalkan gol.
"Saya mesti menerima (keputusan pengadil), tetapi itu bukan pendapat saya.
"Pada pendapat saya, dia mengawal bola dengan tangannya. Jika tidak, mereka tidak akan berpeluang untuk merembat dan menjaringkan gol."
Perubahan peraturan pada 2021 menyatakan bahawa bola terkena tangan secara tidak sengaja yang membawa kepada gol atau peluang menjaringkan gol oleh rakan sepasukan tidak dianggap sebagai kesalahan.
Ini adalah kali keempat musim ini pengadil di menolak cadangan VAR selepas menyemak rakaman.
Keputusan Ahad tidak memberi kesan yang ketara kepada kedudukan liga.
Skuad kendalian Michael Carrick menduduki tempat ketiga dan telah pun menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan, manakala Forest selamat daripada penyingkiran.