Skip to main content

Bola Sepak

JDT umum aksi persahabatan dengan kelab juara dunia

Chelsea vs JDT
Advertisement

Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi mengumumkan aksi persahabatan menentang kelab juara dunia, Chelsea.

Perlawanan itu akan mengambil tempat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada jam 8.00 malam, 11 Ogos depan.

Advertisement

Tiket boleh dibeli dari harga RM154 hingga RM1,254 dengan prajualan buat penyokong boleh dibeli seawal esok, manakala jualan secara umum pula bermula Jumaat ini.

Sebagai rekod, pasukan gergasi England, Chelsea, muncul juara dunia apabila menjuarai Piala Dunia kelab FIFA dengan menewaskan wakil Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), dalam aksi final pada Julai tahun lalu.

Advertisement

 

Must Watch Video