Skip to main content

Bola Sepak

Hampir tewas 0-2 tapi JDT II sah juara buat kali pertama

JDTII

Keputusan seri sudah cukup menjadikan Johor Darul Ta'zim (JDT) II selaku juara baru Liga A1 Semi-Pro musim ini apabila mengesahkan kejuaraan menerusi jurang perbezaan empat mata dengan pencabar terdekat, Selangor II.

Ia, selepas pelapis Harimau Selatan itu berjaya mengutip satu mata berharga meskipun bertungkus lumus mengikat Kelantan Wan Tendong Stable (WTS) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Ubi muda JDT II itu menyambut pencapaian terbaik itu meskipun masih mempunyai baki satu perlawanan liga.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol bekas pemain kebangsaan, Nazrin Nawi, dan Dandy Arbdallah pada separuh masa pertama.

Ia, hampir menggugat status gergasi pelawat, namun mereka tidak berputus asa bagi memastikan tidak pulang dengan berputih mata.

Danish Hakimi dan Danish Zahir menjadi watak penting kebangkitan juara Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim lalu itu apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2, sekali gus mencipta sejarah dinobatkan selaku juara buat kali pertama saingan amatur tertinggi kebangsaan itu.

Must Watch Video