SEPAK TAKRAW
Piala Asia ASTAF: Bermain di laman sendiri boleh jadi satu kelebihan ataupun tekanan -- Sumali
Menjelang penganjuran Piala Asia ASTAF buat julung kalinya yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula 10 mei ini, peminat sepak takraw tanah air diseru sekali lagi untuk datang memberi sokongan untuk membantu menaikkan lagi semangat para pemain berjuang.
Ini kerana, apabila bermain di laman sendiri, dengan kehadiran penonton itu dapat memberi satu booster luar biasa buat para pemain tidak kira dalam apa situasi sekali pun.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan menegaskan bahawa PSM mahu pemain kekal fokus dan bersedia lebih lebih lagi daripada aspek mental dan tidak memikirkan tentang hal hal luar selain prestasi mereka.
Iklan
"Kita tahu situasi stadium kita, bagaimana fanatiknya penyokong sepak takraw yang ada di Malaysia lebih lebih lagi ketika di Piala Dunia tahun lalu.
"Saya kata kepada mereka, bermain di tempat sendiri ini ada dua, satu mungkin memberikan kelebihan kepada kita tetapi silap hari bulan ia juga boleh memberikan tekanan kepada kita. Lakukan yang terbaik, tentang ganjaran ataupun bonus, PSM dan KBS akan cuba sedaya upaya apa yang kita boleh”.
Tambahnya lagi, beberapa pembaharuan juga telah dilakukan PSM untuk memastikan pemain tidak terlalu tertekan menjelang aksi dengan memberikan ‘leisure time’ untuk mereka keluar lakukan sesuatu yang disukai selain dari sepak takraw untuk rehatkan seketika mental mereka sebelum bermain.
Untuk rekod, sasaran yang diletakkan untuk Piala Asia ASTAF 2025 ini adalah mara ke pentas final dalam kesemua acara yang dipertandingkan iaitu regu berpasukan, regu, double dan juga quadrant dengan tumpuan terarah kepada acara regu berpasukan untuk tamatkan kemarau 34 tahun.
Must-Watch Video