Pelumba negara, Muhammad Izzat Hilmi, yang mwakili Malaysia Pro Cycling (MPC), hampir meraih podium dalam perlumbaan peringkat keenam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) dari dari Shah Alam Ke Port Dickson, hari ini.
Izzat mencetus sensasi apabila menamatkan saingan sejauh 123.5 kilometer itu ditempat keempat.
Strategi pakar pecut MPC itu, untuk menyimpan tenaga dengan sentiasa berada dalam kelompok peloton, hampir memberikan pulangan luar biasa.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya di penghujung perlumbaan tetapi pelumba berkenaan tetap berpuas hati untuk meraih tiga gelaran, iaitu Pelumba Terbaik Malaysia, Pelumba Terbaik ASEAN dan Pelumba Terbaik Asia bagi peringkat berkenaan.
"Saya rasa geram tetapi saya memang sudah buat yang terbaik sehabisnya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Di 200 meter terakhir, saya berada di kedudukan keenam, saya cuba mengejar sehinggalah saya mendapat tempat keempat.
"Kalau ada rezeki, esok saya akan tetap mencuba, saya tidak kira. Agi idup agi ngelaban."